By Afiez88
hi... iuaigjnrskvn;kncos;nt
Show encrypted text

 

By Afiez88
 

By Afiez88
 

Category: By Afiez88
NILAH PERTANDINGAN FILEM PENDEK YG PERTAMA AKU MASUK HUHU...

ni rencana yang aku amik dari : http://sinemamalaysia.com.my

PEMENANG kategori Filem Pendek Terbaik dan pemenang Filem Pendek Paling Popular bergambar kenangan dengan penaja dan penganjur.

Skrin Amatur@Murai 2008 terima sambutan memberangsangkan daripada golongan muda

BUKAN sekadar mahu dikenali sebagai gerbang hiburan yang memuatkan gosip semata-mata, tetapi murai.com.my melangkah setapak ke satu lembaran serius menerusi penganjuran filem pendek secara talian (online) pertama iaitu Skrin Amatur@Murai 2008. Pertandingan yang dicetus ideanya oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil ini lahir daripada niat untuk mengangkat karya kreatif sentuhan pengarah amatur di Malaysia dalam penghasilan filem pendek.

Satu majlis yang ringkas mengumumkan pemenang pertandingan ini diadakan di Restoran Lemon, Mines Shopping Centre, Seri Kembangan pada 21 Oktober lalu. Serentak dengan itu, majlis rumah terbuka murai,com.my juga diadakan dan dihadiri deretan penyanyi popular seperti Noryn Aziz, Farid Kamil, Faizal Tahir, Zainal Alam Kadir, Farawahida, Izwan Pilus, Nadi AF6, Nikki, Alya, Siti Sarah dan ramai lagi.

Selain Roslen sebagai juri profesional, juri lain yang turut sama hadir terbabit mengadili filem-filem pendek yang terbabit ini adalah pengarah filem Puteri Gunung Ledang dan Apa Kata Hati, Saw Teong Hin dan Raja Azmi. Berdasarkan sambutan hebat yang diterima, tidak mustahil untuk pertandingan ini terus dikekalkan sebagai acara tahunan di portal hiburan itu.

Menurut Roslen, biarpun peserta yang terbabit adalah di kalangan mereka yang amatur, namun hasilnya sangat mengagumkan pihak juri. Katanya lagi, pada tahun depan pihak murai.com.my akan mengadakan promosi jelajah mempromosikan filem pendek ini.

“Pada masa mendatang, kita akan wujudkan lebih banyak kategori meraikan filem pendek ini. Astro Kirana juga berbesar hati akan menyiarkan filem ini tidak lama lagi. Biarpun pertama kali menganjurkan acara ini, saya ternyata amat terkejut dengan sambutan yang diterima. Juri yang terbabit termasuk saya sangat kagum dengan hasil peserta yang di luar jangkaan.

“Ini juga satu usaha untuk menjadikan portal kami dalam prospek serius memartabatkan bakat dan hasil anak tempatan dalam mengarah filem pendek,” kata Roslen ketika ditemui pada majlis malam itu.

Bagi kategori Filem Pendek Terbaik, tiga filem disenarai pendek dipilih sebagai pemenang. Tempat pertama diberikan kepada filem Satu arahan Zulman Zeki Supardi, tempat kedua, filem Setitik Tompok Hitam dan ketiga, milik filem Satelit Buruk. Setiap pemenang menerima trofi dan wang tunai tajaan Finas. Bagi tempat pertama (Zulman), dia juga layak menerima tawaran skim latihan perfileman bersama MIG.

‘Orang kuat’ MIG, David Teo yang turut hadir pada majlis ini turut ditanya mengenai skim latihan perfileman yang ditawarkan kepada pemenang.

“Dia (merujuk kepada Zulman) akan pergi ke lokasi mengikuti penggambaran filem yang pihak kami arahkan. Dia juga akan diajar mengenai asas kerja belakang tabir dan pengarahan daripada sekecil perkara hinggalah sebesar perkara. Dia juga berpeluang untuk bertanya dengan pengarah yang terbabit mengenai selok belok corak pengarahan.

“Sebagai permulaan, dia akan mengikuti penggambaran filem Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham selama sebulan mengikut jangkaan durasi penggambaran berlangsung bermula 25 November ini. Cinta Alam Maya yang patut memulakan penggambaran pada November ini ditangguhkan buat seketika hinggalah bilangan krew penggambaran yang terbabit mencukupi. Ada kemungkinan dia akan diserap menyertai syarikat MIG,” kata David Teo.

Selain memberi penghargaan kepada tiga filem terbaik, penganjur turut menyampaikan kategori Filem Pendek Paling Popular kepada filem Stages arahan Mohd Hafiz Naslallizi serta layak menerima wang tunai RM2,000 dan trofi. Menjadikan trio kumpulan adik beradik, KRU sebagai idola, Hafiz berminat menjadikan subjek sains fiksyen sebagai tema filem pendeknya.

“Bermodalkan RM 100 saya hanya menggunakan handy cam dan inilah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini. Asalnya filem ini dihasilkan untuk durasi 25 minit dan akhirnya terpaksa dipotong menjadi 10 minit mengikut syarat penyertaan.

“Filem ini dihasilkan saya sendiri melalui semua skop kerja termasuklah penulisan skrip skrip, kamera, pengarahan, suntingan dan kesan khas. Insya-Allah saya bercadang mahu menyambung filem ini untuk pertandingan akan datang, itu pun jika diberi peluang,” katanya yang kini bertugas di Media Prima Berhad di dalam bidang grafik pengiklanan.

Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis mendendangkan seleksi lagu raya dan popular. Masih dengan mood berhari raya, suasana rumah terbuka masih dirasai ditambah dengan hidangan cukup menyelerakan di Restoran Lemon